LAMAN SRS



MUKADIMAH:
Keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan masyarakat di peringkat komuniti adalah elemen penting bagi memastikan perpaduan masyarakat terus terpelihara.

Sebarang unsur yang boleh menimbulkan kebimbangan serta ketakutan kepada ahli masyarakat perlu ditangani dengan kadar segera.



Masyarakat akan hilang keyakinan kepada Kerajaan khasnya pihak Polis jika kadar jenayah meningkat. Masyarakat juga akan rasa tidak selamat dan berada di dalam ketakutan.


Justeru itu, mencegah dan menurunkan kadar jenayah akan dijadikan teras strategik oleh Jawatankuasa Skim Rondaan Sukarela di seluruh negara.


Skim Rondaan Sukarela ( SRS ) mula diperkenalkan kepada rakyat pada tahun 2003 bertujuan bersama membantu pihak berkuasa membendung kegiatan jenayah dan gejala sosial yang berleluasa dan menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan yang digazetkan.


Bersamalah kita mendaftar sebagai ahli SRS.




SRS WANITA MELAKUKAN RONDAAN WALAUPUN DI BULAN RAMADHAN
HARI:SETIAP MALAM AHAD
MASA: 12.00am~2.00am.











0 comments:

Post a Comment