Sunday 16 September 2012

PROGRAM MESRA RAYA AIDIL FITRI 2012

Tarikh:15hb.September 2012
Masa : 9.00malam
Lokasi: Pondok Bit KRTBSSF2,Jalan 16

DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASEH PADA PIHAK -PIHAK YANG MUNYUMBANGKAN TENAGA,IDEA,JUADAH,PERALATAN DAN SEBAGAINYA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG.
KEPADA PEKERJA2 PENGELOLA MALAM MESRA KRTBSSF2 DIUCAPKAN SYABAS ATAS USAHA DAN KERJASAMA ANDA SEMUA.KEKALKAN NIAT KEIHKLASAN ANDA.
KEPADA  WARGA BANDAR SULTAN SULEIMAN FASA 2,TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS KERJASAMA MENJAYAKAN MAJLIS KITA INI.WALAUPUN SEGALANYA AGAK TERHAD NAMUN KITA MAMPU LAKUKAN ATAS NAMA PERPADUAN.
KEKALKAN PERPADUAN INI, PASTI KEMANISAN HASILNYA KITA RASAI.KETEPIKAN JURANG KEPARTIAN ATAS NAMA PERPADUAN.
DILAMPIRKAN PHOTO2 UNTUK  MEMORI BERSAMA;



Antara AJK pengelola bergambar sebagai kenangan.

Doa dipohon untuk keberkatan sebelum majlis dimulakan




Tuesday 28 August 2012

PROGRAM KACAU DODOL


AKTIVITI MEMBUAT DODOL
ANJURAN:SRS
TARIKH:12hb.JULAI 2012 @ 11.00PM
-Sekalung penghargaan pada yang setia bergotong royong bersama hingga waktu bersahur.






Sunday 12 August 2012

Saturday 14 July 2012

MAJLIS MEMBACA YASIN

1) 14hb.JULAI 2012 @ PONDOK BIT KRT - MAJLIS MEMBACA YASIN SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK PIMPINAN IMAN OSMAN 






2) TAZKIRAH DISAMPAIKAN OLEH IMAM RAZAK BERTAJUK "PERJALANAN MELALUI TITIAN SIRAT.




TITIAN SIRAT DI PADANG MASHYAR

SESUNGGUHNYA pemeriksaan amalan di Padang Mahsyar belum lagi sempurna sehingga seseorang itu diperiksa atau ditanya mengenai nikmat dan amalannya di tempat pemeriksaan sewaktu melalui Siratul Mustaqim.
Imam Al-Nawawi di dalam kitab Syarh-Muslim menulis, ulama besar menetapkan bahawa sirat itu ialah satu titian di atas permukaan api neraka jahanam di mana semua manusia akan meniti.
Orang mukmin akan terselamat disebabkan keimanan dan amal salih yang mereka lakukan di dunia, manakala orang kafir dan murtad akan terhumban ke dalamnya.
Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”
Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu.
Al-Alamah Ibnu Abi Jamrah dalam kitab Bahjah An-Nufuus menegaskan, sesungguhnya disebut dalam hadis mengenai sifat sirat yang lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang dan ia mempunyai tujuh sekatan dan setiap sekatan itu mengambil masa 3,000 tahun perjalanan.
Dikatakan di tempat pemeriksaan pertama, manusia akan ditanya mengenai keimanannya kepada Allah.
Jika seseorang mukmin itu tidak ragu-ragu dalam keimanannya, dia dilepaskan ke tempat pemeriksaan kedua (solat). Begitulah seterusnya mengenai puasa, zakat, haji dan umrah, bersuci (wuduk dan mandi wajib) dan soal kemasyarakatan.
Imam al-Ghazali meriwayatkan, tempat pemeriksaan ketujuh adalah tempat pemeriksaan paling sukar untuk melepaskan diri. Persoalan mengenai kezaliman ke atas manusia diperbincangkan.
Cepat atau lambat meniti sirat juga bergantung kepada cepat atau lambatnya seseorang itu berlumba untuk mencapai keredaan.


Friday 6 July 2012